Tarikh:

Harga Insurans dan Roadtax kereta Perodua Myvi - Motortakaful Etiqa

Untuk mengetahui harga Insurans dan Roadtax kereta Perodua Myvi anda. Hanya perlu klik ikon RENEW NOW di bawah ini. Atau jika anda prefer buat secara manual. Boleh hubungi saya di talian 013 3500 334

Harga Insurans dan Roadtax kereta Perodua Myvi - Motortakaful Etiqa


Harga Insurans dan Roadtax kereta Perodua Myvi - Motortakaful Etiqa

Anda ingin mengetahui harga dan insurans kereta Perodua Myvi anda ? Teruskan baca artikel ini. Kereta Myvi Merupakan antara Model Terlaris Perodua yang sudah dipasarkan sejak tahun 2005 hingga sekarang. Dan kereta Perodua Myvi ini mempunyai 2 versi engine. 1.3 litre dan juga 1.5 litre.

Pengiraan Harga Insurans Kereta Perodua Myvi

Kami di Himmah Auto Sdn Bhd ingin memberikankan anda perlindungan insurance kereta yang terbaik kepada kenderaan Perodua Myvi anda. Kami akan pastikan kenderaan anda di insured mengikut harga yang sesuai dengan harga Market semasa.
Oleh kerana kereta Perodua Myvi ini merupakan kereta baru di pasaran. Kami sangat recommend anda untuk mengambil perlindungan first party atau Comprehensive insurance. Insurance kereta ini akan membayar kos kemalangan kenderaan anda dan juga kos kemalangan pihak ketiga. Insurance kereta ini juga akan melindungi kenderaan anda jika berlaku kebakaran dan juga kehilangan.
Cara pengiraan harga insuran kereta Myvi adalah dengan mengambil kira beberapa maklumat pemilik kereta dan juga maklumat kereta itu sendiri. Oleh itu adalah penting untuk anda memberikan jenama dan model terperinci serta jenis transmisi manual atau automatik. Kesemua ciri-ciri ini membezakan harga pasaran semasa kereta Perodua Myvi. Maklumat-maklumat penting lain yang diambil kira:
  1. Umur pemandu/pemilik
  2. Sejarah tuntutan
  3. Kapasiti enjin
  4. Umur kenderaan
  5. NCD
  6. Perlindungan Tambahan

Umur Pemandu/Pemilik

Di Motortakaful Etiqa. Anda akan dikenakan caj loading sebanyak 15% jika umur anda kurang 21 tahun atau lebih 65 Tahun. Ini kerana, kebanyakan tuntutan banyak berlaku bagi umur kategori tersebut. 

Sejarah Tuntutan

Jika anda mempunyai sejarah tuntutan, pihak insurans etiqa akan mengenakan loading. ini bergantung kepada berapa kali tuntutan yang pernah anda buat.

Kapasiti Enjin, Transmisi & Varian

Kereta Perodua Myvi mempunyai tiga jenis kapasiti enjin iaitu 1.0L, 1.3L dan juga 1.5L , Transmisi pula ada dua jenis iaitu Auto dan Manual. Dan dari segi varian pula. Ada beberapa jenis varian bermula dari standard, premium, special edition dan juga advanced. Varian yang paling tinggi, harga dia akan sedikit tinggi kerana harga semasa dia lebih tinggi dari spec yang rendah

Umur Kenderaan Perodua Myvi

Motortakaful Etiqa ada mengenakan caj loading jika umur kenderaan Perodua Myvi anda sudah melebihi 7 Tahun iaitu sebanyak 5%. Jika umur kenderaan melebihi 11 tahun, caj loading adalah sebanyak 10%, dan jika umur kenderaan melebihi 15 tahun. Caj loading yang dikenakan ialah 15%

No Claim Discount (NCD)

NCD adalah satu diskaun yang diberi untuk anda semasa mengira harga insurans kereta Perodua Myvi dengan syarat anda tidak membuat sebarang tuntutan sebelum ini. Jika ini adalah tahun pertama renewal anda, Diskaun sebanyak 25% akan diberikan. Dan yang menariknya. jika anda tiada buat tuntutan untuk tahun tahun berikutnya. NCD ini akan semakin bertambah
TAHUN PERTAMA RENEWAL25%
TAHUN KEDUA RENEWAL30%
TAHUN KETIGA RENEWAL38.33%
TAHUN KEEMPAT RENEWAL45%
TAHUN KELIMA RENEWAL & SETERUSNYA55%


Anda harus ingat, apabila masuk tahun ke lima renewal, diskaun NCD ini kekal jika tiada sebarang tuntutan insurans. Oleh kerana itu pastikan anda membawa kereta secara berhemah supaya terus dapat kekalkan NCD ini.

Perlindungan Tambahan Perodua Myvi

Apa dia perlindungan tambahan? Perlindungan tambahan yang biasa orang ambil untuk insuran kereta Perodua Myvi adalah tambahan insuran cermin kereta dan juga perlindungan bencana alam. Tetapi anda boleh juga ambil perlindungan tambahan lain seperti
  • Windscreen
  • Special Perils (Flood, Storm, Tempest, Hurricane, Landslide, Landslip, Typhoon & All related perils)
  • Legal liability to passengers (driver.s liability)
  • Legal liability to passenger for act of negligence
  • Strike, Riot & Civil Commotion
  • Vehicle Accessories
  • Compensation for Assessed Repair Time
Antara kenapa ramai yang mengambil perlindungan tambahan cermin ialah ia tak akan menggangu NCD kereta Perodua anda jika berlaku tuntutan.

Harga Roadtax Perodua Myvi

Harga roadtax ialah RM70 bagi 1.3L dan RM90 bagi 1.5L

Harga Insurance Cermin (Windscreen) Perodua Myvi

Saya recommend anda melindung cermin anda minimum amount RM500 atau sebaiknya RM1000. Harga insurans cermin ialah sebanyak RM75 untuk perlindungan RM500 dan RM150 untuk perlindungan sebanyak RM1000.

Jika anda melindungi cermin anda sehingga RM1000. anda boleh menggantikan cermin anda siap dengan tinted sekali jika berlaku kerosakan dan keretakan kepada cermin anda.

Harga Insurance Bencana Alam Perodua Myvi

Kebelakangan ini banyak berita kita dengar banjir banyak melanda walaupon anda tinggal di ibu kota. Dan juga banyak kes tanah runtuh dan pokok jatuh atas kereta yang kita dengar. Jika anda tidak ambil perlindungan bencana alam. Kereta anda tak akan dapat buat Claim (tuntutan)

Harga insurance bencana alam hanyalah 0.5% dari jumlah sum insured kenderaan anda. Sebagai contoh. Harga semasa Perodua Myvi ialah RM40000. Jadi harga insurance Bencana alam ialah 0.5% x RM40000 = RM200 sahaja.

Akhir Kata Dari Kami

Terima kasih kerana membaca dan kami berharap anda akan menghubungi kami ataupun terus isi borang permohonan secara online di sini
Keistimewaan servis kami adalah:
  1. Anda tidak perlu susah payah dapatkan geran original Perodua Myvi anda dari bank.
  2. Semua urusan boleh dibuat terus secara Online.
  3. Roadtax dan Covernote policy anda akan terus dihantar kepada anda ke rumah atau di pejabat
  4. Kami akan bagi quotation berdasarkan budget yang anda pilih.
Harga Insurans dan Roadtax kereta Perodua Myvi - Motortakaful Etiqa

No comments:

Post a Comment