Tarikh:

Harga Insurans Kereta

HARGA INSURANS KERETA


Harga Insurans Kereta


Ada beberapa faktor yang menentukan harga insurans kereta anda. Berikut Adalah senarainya

1. Sum Insured ( Jumlah perlindungan) kenderaan Anda
2. NCD  - No Claim Discount
3. CC engine
4. Lokasi - Semenanjung atau Sabah & Sarawak
5. Type of coverage - Comprehensive (First Party), Third Party Fire & Theft atau Third Party Sahaja
6. Loading - Bergantung pada Umur Pemandu dan juga Model kereta


1. Sum Insured 

Sum insured atau Jumlah Perlindungan kenderaan anda. Anda digalakkan untuk meletak sum insured berpadanan dgn market value kereta anda. Formula yg mudah ialah anda hanya perlu tolak 10% dari harga asal kereta anda setiap tahun. Contoh harga asal Alza Advanced 1.5 ialah RM65000. Jadi untuk tahun kedua anda boleh tolak nilai sebanyak RM6500 dari harga asal. Jangan sesekali letak sum insured ini bawah dari market value. ini kerana anda akan menghadapi masalah bila nak claim kelak. (saya akan cerita di topik lain)

2. NCD  - No Claim Discount

Setiap tahun, jika kereta anda tidak pernah membuat claim. Anda akan layak menikmati NCD iaitu No Claim Discount. Dan setiap Tahun nilai NCD nie akan meningkat seperti berikut :-

1st Year = 25%
2nd Year = 30%
3rd Year = 38.88%
4th Year = 45%
5th year = 55%

Untuk semak nilai NCD anda. Boleh check di link ini http://www.motortakaful-etiqa.com/p/semak-ncd.html

3. CC Engine 

 Harga Insurans kereta bergantung juga kepada CC engine. Lagi besar CC engine anda. Lagi mahal Premium yang perlu dibayar.

4. Lokasi

Lokasi kenderaan memain peranan penting dalam Harga Insurans kereta anda. Insurans di sabah dan Sarawak lebih murah berbanding semenanjung. Tapi jangan pula anda gatal tangan guna harga Insurans sabah sarawak sedangkan kenderaan anda di semenanjung. Nanti kalau berlaku apa2 tak boleh nak Claim.  

5. Type of coverage

Insurans kenderaan ada Tiga jenis. Yang paling mahal dan Comprehensive dipanggil First party Insurans. Insurans ini boleh cover kenderaan sendiri dan juga kenderaan yang kita langgar dan juga kebakaran dan kehilangan.

Yang kedua pula dipanggil Third Party Fire & Theft. Insurans ini hanya cover kenderaan yang kita langgar dan juga kebakaran dan kehilangan. Kenderaan sendiri tak cover.

Dan yang terakhir ialah Third Party. Insurans ini hanya cover kenderaan yang kita langgar sahaja.

Jika kita pakai kereta baru. anda dinasihat untuk ambil first party insurans atau kita panggil Comprehensive insurans. ini kerana insurans ini cover kenderaan sendiri juga. mahal tu kalau nak baiki sendiri kereta kalau harga kereta mahal.  

6. Loading

Yang last sekali ialah Loading. sesetengah provider insurans ada mengenakan loading atau caj tambahan jika umur Pemandu bawah 25 tahun atau atas 65 Tahun. ini kerana golongan ini paling banyak risiko untuk terlibat dalam kemalangan jalan raya. Dan juga ada Loading dikenakan untuk sesetengah model panas seperti Toyota Hilux. ini kerana kenderaan panas ini sangat tinggi kadar kecurian di Negara kita.

***************
Saya dah habih terangkan faktor yg mempengaruhi harga kenderaan anda. Jika anda ingin tahu harga atau quotation untuk insurans kenderaan anda. Anda boleh hubungi saya di talian berikut. Atau terus klik link di bawah ini. Semoga artikel ini dapat membantu anda memahami Faktor yg menentukan Harga Insurans Kereta Anda.

Link utk kira sendiri insurans kenderaan anda -->http://bit.ly/Motortakaful


HAFIY HAZMI
0133500334










 


No comments:

Post a Comment